London: Arsene Wenger (gambar) mempertahankan keputusan Arsenal menggunakan jet peribadi ke Norwich pada minggu lalu selepas tindakan itu ditempelak kumpulan pencinta alam sekitar.Arsenal memutuskan untuk terbang dari London ke Norwich untuk perlawanan EPL di Carrow Road pada Sabtu, selepas perkhidmatan kereta api mengalami masalah.
Penerbangan singkat itu hanya mengambil masa 15 minit namun dikritik hebat oleh pencinta alam sekitar.
''Tidak masuk akal,'' tulis penyelaras Norwich and Norfolk Friends, Jennifer Parkhouse.
''Saya tidak nampak alasan mereka mesti mengambil penerbangan kecuali pemain gemar menunjukkan apabila berada dalam kelab yang kaya.
''Jika penerbangan mengambil masa 14 minit, mereka pasti mengambil masa untuk pergi dan pulang dalam penerbangan itu.''
Wenger bagaimanapun berkata, masalah pengangkutan menyebabkan mereka tiada pilihan selain menaiki kapal terbang.
''Biasanya kami menaiki kereta api tapi kali ini kereta api tidak boleh digunakan. kami putuskan untuk terbang kerana jika memandu pada petang jumaat, kami tidak tahu berapa lama masa akan diambil,'' katanya. Pada perlawanan itu, The Gunners tewas tipis 0-1.-AFP
Tiada ulasan:
Catat Ulasan