Rabu, 11 Julai 2012


Keputusan Undian dan Jadual AFF Suzuki Cup 2012


Juara Piala Suzuki AFF, Malaysia telah diundi dalam satu kumpulan dengan Singapura dan Indonesia.


Undian Piala Suzuki AFF telah diadakan petang ini di Bangkok, Thailand dan telah dihadiri oleh YM Sultan Ahmad Shah, Tengku Abdullah dan juga jurulatih Harimau Malaya, Datuk K.Rajagobal.

Malaysia yang mensasarkan untuk pertahankan kejuaraan Piala Suzuki telah diundi dalam kumpulan B bersama-sama dengan saingan utama mereka, Singapura dan Indonesia.


Manakala bagi Kumpulan A pula, Thailand telah diundi bersama Vietnam dan Filipina.

Brunei, Myanmar, Laos, Timor Leste dan Cambodia akan beraksi dalam pusingan Kelayakan Piala Suzuki AFF 2012 di Myanmar bermula 5 Oktober ini. Juara pusingan kelayakan akan menyertai Kumpulan A, manakala tempat kedua akan sertai Kumpulan B.

Piala Suzuki AFF 2012 kali ini semestinya menarik apabila tiga 'musuh' utama masing-masing ditempatkan dalam kumpulan yang sama.


Peringkat kumpulan Piala Suzuki akan diadakan di Thailand bagi Kumpulan A dan di Malaysia bagi Kumpulan B.

Malaysia akan bertemu Singapura untuk perlawanan pertama Kumpulan B pada 25 November 2012


Jadual Kumpulan B

Ahad 25 Nov 2012 Malaysia vs Singapore

Selasa 27 Nov 2012 Qualifiers - Runners-up vs Malaysia

Sabtu 1 Dec 2012 Malaysia vs Indonesia