Gol cantik
jaringan Santiago Cazorla ketika membantu Arsenal bangkit daripada ketinggalan
untuk menewaskan West Ham, bukan sahaja membantu The Gunners kembali ke
landasan kemenangan tetapi lebih daripada itu sebagai pelengkap kepada
justifikasi yang mengatakan dia adalah Cesc Fabregas baru di kelab utara
London.
Arsenal mengharungi musim baru yang agak
meyakinkan di sebalik kekalahan pertama mereka musim ini kepada Chelsea 30
September lalu – dan Cazorla adalah pemain Arsenal antara yang perlu Arsenal
berterima kasih di atas kehebatan sentuhan dan gerakan pemain cilik ini yang
pantas mencetus fenomena di Emirates, selepas perpindahan dari Malaga awal
musim ini.
Bagi Arsene Wenger : “Seronok untuk
menyaksikannya beraksi. Saya gembira dengan apa yang dilakukannya di atas
padang. Saya harap setiap pemain muda di England akan menjadikannya sebagai
contoh.’’
Cazorla berpindah ke EPL dengan harga
perpindahan sekitar 15 juta Pound dan pantas menyesuaikan diri dengan gaya
permainan EPL dengan rentetan aksi memukau dan mengagumkan, selain teknik,
sentuhan dan penguasaan bola yang menghiburkan.
Gol jaringan kaki kiri dari bucu kotak
penalty ketika menentang West Ham, adalah yang kedua buatnya musim ini, sekaligus
membuktikan keupayaan semulajadinya dalam membuat sepakan mahupun hantaran
menggunakan kedua-dua kaki sehinggakan rakan sepasukan, Theo Walcott yang turut
menjaringkan gol dalam kemenangan 3-1 ke atas West Ham mengakui terpesona
dengan kehebatan Cazorla dan Theo sendiri tidak pasti kaki belah mana merupakan
kekuatan sebenar dia walaupun setiap hari berlatih dengannya.
Namun bagi Cazorla sendiri, dia
enggan dirinya disamakan dengan Fabregas atau dianggap sebagai pengganti kepada
bekas kapten Arsenal itu, selepas peminat mula membandingkannya dengan pemain
perancang Barca itu.
“usah bandingkan saya dengan
Fabregas, dia adalah dia dan Cazorla adalah Cazorla, gaya permainan kami
berbeza. Saya sedar Fabregas adalah lambing, symbol kelab ini sejak beberapa
musim lalu, dan saya masih terlalu jauh untuk sampai ke tahap itu. Dia adalah
lagenda kepada kelab ini.”
Dalam pada itu Cazorla juga
mengakui sebelum membuat keputusan untuk menyertai Arsenal, saya telah bertemu
Fabregas, serta lain2 pemain Sepanyol yang beraksi di EPL. “keputusan saya
memilih Arsenal adalah sangat tepat, Arsenal adalh sebuah kelab yang hebat di
England, itu sebabnya saya ke sini, bukannya untuk menggantikan tempat sesiapa”
katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan