Jumaat, 26 Oktober 2012

Selangor terkena tempias



TATKALA pasukan lain sibuk mengadakan rundingan dan memancing pemain lain bagi menghadapi kancah Liga Malaysia 2013, skuad Selangor juga turut tidak ketinggalan menerima tempiasnya.

Terbaharu, beberapa pemain utama Merah Kuning bakal angkat kaki meninggalkan pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu bagi mencari haluan lain.

Menurut sumber, mereka berbuat demikian kerana inginkan cabaran lebih segar selepas kecewa gagal melunaskan Misi 33 yang dicanangkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), musim ini.

"Apa yang boleh saya katakan, hampir sebahagian pemain regular Selangor bakal berhijrah ke pasukan lain. Antaranya, G Jeevananthan (penjaga gol). Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Razman Roslan, R Surendren, Azidan Sarudin dan K Soley.

"Jangan terkejut besar jika pemain berpengalaman mereka, Amri Yahyah mengambi keputusan tidak menyambung kontrak bersama Selangor musim depan," dedah sumber itu.

Namun begitu, terdapat kemasukan pemain luar yang dikaitkan akan sertai juara Piala Malaysia 32 kali itu seperti Badhri Radzi dan Shakir Shaari (Kelantan), Mahalli Jasuli (Harimau Muda) dan S Kunalan (Negeri Sembilan).

Tiada ulasan:

Catat Ulasan