Tiga aksi persahabatan terakhir skuad negara dalam persiapan mempertahankan AFF penghujung bulan depan bakal menagih ketajaman penyerang Pelita Jaya FC, Mohd Safee Sali dan tonggak utama Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha.Kedua2 kini dilihat dalam prestasi terbaik dan pastinya bersedia untuk diuji ketua jurulatih negara Datuk K Rajagobal bagi menghadapi perlawanan persahabatan kelas A menentang Vietnam (3 November), Thailand (7 november) dan Hong Kong (14 November) selepas mempamerkan sentuhan penyudah dan corak permainan yang membanggakan.
Safee Sali sebelum ini menamatkan kemarau jaringan hampir setahun bersama Skuad Negara apabila jaringan pembukaannya membantu skuad negara menewaskan Hong Kong 3-0 di stadium mongkok pada minggu lalu manakala Norshahrul atau lebih mesra dgn pnggilan Mat Yo yang kelihatan 'tumpul' meledak 2 jaringan ketika membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada Sabtu lalu.
Lebih penting corak permainan Mat Yo kembali ditakuti atau digeruni barisan pertahanan menerusi gerakan licik yang kelihatan sudah kembali dimilikinya sekaligus kedua2 pemain terbabit dilihat bakal menjadi taruhan untuk menggegar gawang lawan pada temasya dwitahunan bermula 24 November ini.''Jaringan saya dan persembahan yang dipamerkan Norshahrul tiba tepat pada masanya untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF.Malah bagi saya sendiri jaringan itu mmberi keyakinan untuk terus mengekalkan prestasi selain berusaha mempertajamkan lagi sentuhan menjelang tugas getir ini'',kata Safee.
Menurut kapten Pelita Jaya FC itu, dia tidak pernah mengalami tekanan untuk menggegar gawang pihak lawan kerana matlamat utamanya adalah untuk beraksi dengan baik serta memenangi perlawanan untuk pasukan.
.jpg)
Apa pun sama2 lah kita mendoakan kejayaan Skuad Harimau Malaya spaya terus mempamerkan aksi permainan yang terbaik....supaya Harimau Malaya sekali lagi boleh mencipta sejarah dengan mempertahankan Piala AFF bagi edisi tahun ini...sama2 lah kita doakan dan berikanlah sokongan yang padu untuk Pasukan kita...SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!
.jpg)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan