Selasa, 30 Oktober 2012

Cabaran FERGIE untuk RVP



     Teruja menyaksikan penyerang kesayangannya, Robin Van Persie menjaringkan 7 gol dalam 8 perlawanan terakhir. Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mencabar pemain antarabangsa Belanda itu untuk mengatasi 37 gol semusim yang diciptakan bersama Arsenal musim lalu.
       Wayne Rooney menjaringkan 35 gol dalam semua pertandingan musim lalu, dan tiada pemain United menjaringkan gol melebihi angka itu sejak kali terakhir Cristiano Ronaldo melakukannya pada musim 2007/2008 apabila meledak 42 gol, manakala Ronaldo juga satu-satunya pemain United yang pernah menjaringkan melebihi 30 gol dalam saingan EPL iaitu pada musim yang sama.
         Kejayaan RVP mengatasi jumlah itu bermakna dia akan menghampiri atau mungkin mengatasi rekod jaringan milik CR, dan selepas melihat RVP meneruskan bisa sentuhan jaringannya dengan 2 gol ketika menewaskan Cluj dalam saingan Liga Juara. Fergie berkata dia amat gembira jika RVP menyahut cabarannya.
           “Melihat prestasi RvP ketika ini, saya yakin dia boleh mencapai 40 gol semusim, dan saya sangat gembira sekiranya dia dapat melakukannya, ianya mengejutkan bagi saya kerana sentuhannya tidak hilang walaupun tidak terlibat dalam persiapan pra musim, malah kecergasannya semakin meningkat ketika ini,” ujar Fergie.
            Tambahan Fergie lagi : “Dia bukan sahaja penjaring gol prolific, tetapi lebih dari itu RVP juga pencipta gol yang hebat, lihat sahaja bagaimana dia mencipta ruang buat Kagawa ketika perlawanan menentang Spurs tempoh hari, dia mempunyai sasaran yang jelas pada hantarannya, ia sudah terbukti.”

CAZORLA Bikin ARSENAL Lupakan Fabregas




Gol cantik jaringan Santiago Cazorla ketika membantu Arsenal bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan West Ham, bukan sahaja membantu The Gunners kembali ke landasan kemenangan tetapi lebih daripada itu sebagai pelengkap kepada justifikasi yang mengatakan dia adalah Cesc Fabregas baru di kelab utara London.
     Arsenal mengharungi musim baru yang agak meyakinkan di sebalik kekalahan pertama mereka musim ini kepada Chelsea 30 September lalu – dan Cazorla adalah pemain Arsenal antara yang perlu Arsenal berterima kasih di atas kehebatan sentuhan dan gerakan pemain cilik ini yang pantas mencetus fenomena di Emirates, selepas perpindahan dari Malaga awal musim ini.
      Bagi Arsene Wenger : “Seronok untuk menyaksikannya beraksi. Saya gembira dengan apa yang dilakukannya di atas padang. Saya harap setiap pemain muda di England akan menjadikannya sebagai contoh.’’
       Cazorla berpindah ke EPL dengan harga perpindahan sekitar 15 juta Pound dan pantas menyesuaikan diri dengan gaya permainan EPL dengan rentetan aksi memukau dan mengagumkan, selain teknik, sentuhan dan penguasaan bola yang menghiburkan.
         Gol jaringan kaki kiri dari bucu kotak penalty ketika menentang West Ham, adalah yang kedua buatnya musim ini, sekaligus membuktikan keupayaan semulajadinya dalam membuat sepakan mahupun hantaran menggunakan kedua-dua kaki sehinggakan rakan sepasukan, Theo Walcott yang turut menjaringkan gol dalam kemenangan 3-1 ke atas West Ham mengakui terpesona dengan kehebatan Cazorla dan Theo sendiri tidak pasti kaki belah mana merupakan kekuatan sebenar dia walaupun setiap hari berlatih dengannya.
          Namun bagi Cazorla sendiri, dia enggan dirinya disamakan dengan Fabregas atau dianggap sebagai pengganti kepada bekas kapten Arsenal itu, selepas     peminat mula membandingkannya dengan pemain perancang Barca itu.
          “usah bandingkan saya dengan Fabregas, dia adalah dia dan Cazorla adalah Cazorla, gaya permainan kami berbeza. Saya sedar Fabregas adalah lambing, symbol kelab ini sejak beberapa musim lalu, dan saya masih terlalu jauh untuk sampai ke tahap itu. Dia adalah lagenda kepada kelab ini.”
            Dalam pada itu Cazorla juga mengakui sebelum membuat keputusan untuk menyertai Arsenal, saya telah bertemu Fabregas, serta lain2 pemain Sepanyol yang beraksi di EPL. “keputusan saya memilih Arsenal adalah sangat tepat, Arsenal adalh sebuah kelab yang hebat di England, itu sebabnya saya ke sini, bukannya untuk menggantikan tempat sesiapa” katanya.

Jumaat, 26 Oktober 2012

Selangor terkena tempias



TATKALA pasukan lain sibuk mengadakan rundingan dan memancing pemain lain bagi menghadapi kancah Liga Malaysia 2013, skuad Selangor juga turut tidak ketinggalan menerima tempiasnya.

Terbaharu, beberapa pemain utama Merah Kuning bakal angkat kaki meninggalkan pasukan bimbingan Irfan Bakti Abu Salim itu bagi mencari haluan lain.

Menurut sumber, mereka berbuat demikian kerana inginkan cabaran lebih segar selepas kecewa gagal melunaskan Misi 33 yang dicanangkan Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS), musim ini.

"Apa yang boleh saya katakan, hampir sebahagian pemain regular Selangor bakal berhijrah ke pasukan lain. Antaranya, G Jeevananthan (penjaga gol). Safiq Rahim, Amirulhadi Zainal, Razman Roslan, R Surendren, Azidan Sarudin dan K Soley.

"Jangan terkejut besar jika pemain berpengalaman mereka, Amri Yahyah mengambi keputusan tidak menyambung kontrak bersama Selangor musim depan," dedah sumber itu.

Namun begitu, terdapat kemasukan pemain luar yang dikaitkan akan sertai juara Piala Malaysia 32 kali itu seperti Badhri Radzi dan Shakir Shaari (Kelantan), Mahalli Jasuli (Harimau Muda) dan S Kunalan (Negeri Sembilan).

Johor membara



IMPIAN pasukan Johor membina sebuah pasukan mantap bagi mengharungi kempen Liga Malaysia musim hadapan semakin membara.

Terbaru, pasukan yang berpangkalan di selatan tanah air itu berhasrat membawa masuk kapten Harimau Malaya, Safiq Rahim dan penyerang Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha (Mat Yo).

Setiausaha Kehormat Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Suhairi Hashim mengesahkan perkara tersebut bagaimanapun berkata, ia masih di peringkat awal.

“Sebelum ini, beberapa nama yang dikhabarkan akan turut serta dalam pasukan Harimau Selatan seperti Aidil, Zaquan, Azmi Muslim (ATM), Nurul Azwan Roya (Kelantan) dan Muslim Ahmad (Terengganu) memberi respons baik.

“Namun, kami belum ada perjanjian rasmi. Perkara ini hanya akan diumumkan Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim kelak,” katanya.

Suhairi berkata, biarpun beberapa pemain yang diintai telah tamat kontrak, namun ada di antara mereka masih terikat dengan pasukan kebangsaan dan proses rundingan hanya akan dibuat selepas tempoh tersebut.

Dalam perkembangan berkaitan, Suhairi berkata, dua awang import Johor, Andre dan Orlando akan dikekalkan bersama skuad itu musim hadapan.

“Selain itu, kita cuba mendapatkan dua lagi pemain import. Mereka ini pernah beraksi di Piala Dunia,” katanya.

Jelas Suhairi, Johor serius untuk membentuk pasukan yang mantap seterusnya mengembalikan kegemilangan pasukan itu pada era 90-an.

Katanya, untuk tujuan itu, setiap pemain diberi ganjaran setimpal dengan bakat mereka supaya tidak meninggalkan pasukan serta bersaing dengan lebih menarik.

Sebelum ini pasukan Johor FC ditukar nama sebagai Johor dengan legenda bola sepak Singapura, Fandi Ahmad yang dibantu jurulatih Harimau Muda B, Ismail Ibrahim mengendalikan skuad itu bagi kempen Liga Malaysia musim depan.

Pengurusan Johor FC kini diambil alih PBNJ yang akan turut menguruskan pasukan Johor, yang kini dikenali sebagai Johor FA untuk beraksi dalam kancah Liga Perdana 2013.

Pep meninggalkan Barca bukan kerana Ingin berehat


Khabar mengejutkan datang dari seorang ejen bernama Francois Gallardo, yang mengatakan bahawa keputusan Josep ‘Pep' Guardiola meninggalkan Barcelona bukan kerana alasan ingin berehat.

Dalam pernyataan tersebut, Gallardo mendedahkan bahawa Pep memutuskan untuk tidak menyambung kontrak bersama Barcelona kerana tidak mendapat sokongan penuh dari presiden kelab, Sandro Rosell berkaitan rancangannya untuk melepaskan empat pemain yang tidak disukainya.

“Guardiola telah memberi empat syarat kepada (Sandro) Rosell, sebelum menandatangani lanjutan kontrak,” ujar Gallardo seperti yang dilaporkan dari AS.

“Salah satu dari syarat tersebut, ada permintaan Guardiola untuk menjual Dani Alves, Gerard Pique, Cesc Fabregas dan David Villa. Ini kerana Guardiola menilai mereka sudah tidak mempunyai komitmen lagi bersama pasukan,” sambungnya.

Pengurus yang berjaya dalam sejarah Barca dengan koleksi 14 trofi juara dalam empat tahun ini, diakui Gallardo tidak menyukai keempat-empat pemain tersebut.

Namun, keinginannya tersebut ditolak oleh Rosell yang tahu bahawa peminat tidak akan menerima keputusannya jika beliau menuruti keinginan Guardiola. Dan akhirnya, Guardiola memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dan kini tengah menikmati masa ‘cutinya’ bersama keluarga di New York, Amerika Syarikat.

Namun, kenyataan Gallardo ini masih belum dapat dipercayai sepenuhnya kerana sebelum ini beliau juga telah mendedahkan bahawa kapten Chelsea, John Terry akan berhijrah ke Valencia. Namun semua itu telah dinafikan oleh "The Blues".
Info @[194872387201016:274:Bola,Bola&Bola] :

Khabar mengejutkan datang dari seorang ejen bernama Francois Gallardo, yang mengatakan bahawa keputusan Josep ‘Pep' Guardiola meninggalkan Barcelona bukan kerana alasan ingin berehat.

Dalam pernyataan tersebut, Gallardo mendedahkan bahawa Pep memutuskan untuk tidak menyambung kontrak bersama Barcelona kerana tidak mendapat sokongan penuh dari presiden kelab, Sandro Rosell berkaitan rancangannya untuk melepaskan empat pemain yang tidak disukainya.

“Guardiola telah memberi empat syarat kepada (Sandro) Rosell, sebelum menandatangani lanjutan kontrak,” ujar Gallardo seperti yang dilaporkan dari AS.

“Salah satu dari syarat tersebut, ada permintaan Guardiola untuk menjual Dani Alves, Gerard Pique, Cesc Fabregas dan David Villa. Ini kerana Guardiola menilai mereka sudah tidak mempunyai komitmen lagi bersama pasukan,” sambungnya.

Pengurus yang berjaya dalam sejarah Barca dengan koleksi 14 trofi juara dalam empat tahun ini, diakui Gallardo tidak menyukai keempat-empat pemain tersebut.

Namun, keinginannya tersebut ditolak oleh Rosell yang tahu bahawa peminat tidak akan menerima keputusannya jika beliau menuruti keinginan Guardiola. Dan akhirnya, Guardiola memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dan kini tengah menikmati masa ‘cutinya’ bersama keluarga di New York, Amerika Syarikat.

Namun, kenyataan Gallardo ini masih belum dapat dipercayai sepenuhnya kerana sebelum ini beliau juga telah mendedahkan bahawa kapten Chelsea, John Terry akan berhijrah ke Valencia. Namun semua itu telah dinafikan oleh "The Blues".

S. Kunalan sah sertai Red Giant


PEMAIN sayap pasukan Negeri Sembilan, S. Kunalan mengesahkan bahawa beliau akan menyarung jersi pasukan Selangor untuk saingan Liga Super musim depan.

Anak jati Semenyih berusia 26 tahun itu berkata, penghijrahan beliau ke skuad Merah Kuning musim depan adalah bagi mencari angin baharu setelah enam tahun menabur bakti bersama pasukan Negeri Sembilan.

"Kontrak saya bersama Negeri Sembilan akan tamat penghujung tahun ini malahan saya telah memaklumkan perkara tersebut kepada majikan saya, Persatuan Bolasepak Negeri Sembilan (PBNS).

"Mereka menghormati keputusan saya memandangkan sudah lama saya berkhidmat dengan mereka selaku pemain skuad Piala Presiden sejak 2006 sebelum diserapkan ke dalam skuad utama mereka pada awal 2008," katanya kepada Bernama, hari ini.

Beberapa akhbar tempatan sebelum ini melaporkan Kunalan merupakan antara beberapa pemain utama skuad Rusa yang dikaitkan untuk berhijrah ke pasukan luar termasuk kapten pasukan Muhd Shukor Adan yang dikatakan berminat menyarung jersi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) untuk saingan Liga Super musim depan.

Pemain bertubuh kecil yang lincah di posisi sayap itu berkata beliau akan menandatangi kontrak bersama Persatuan Bolasepak Selangor (FAS) dalam masa terdekat.

Antara pencapaian terbaik yang diraih oleh beliau sepanjang enam tahun bersama skuad Rusa ialah membantu pasukan itu muncul juara Piala Malaysia pada 2009 dan 2011 selain menjulang Piala FA pada 2010. - Bernama

Khamis, 25 Oktober 2012

Empat pemain Kelantan dipancing Johor





                                                            

Selepas Kelantan mencipta kejayaan trebel pada musim ini, pasukan Johor dilihat berminat untuk menggunakan khidmat pemain dari skuad pantai timur itu.

Difahamkan, Johor sedang memancing empat pemain Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha, Indra Putra Mahayuddin, Daudsu Jamaluddin dan Nurul Azwan Roya bagi persiapan untuk musim depan.

Pasukan Johor adalah transformasi daripada Johor FC selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengambil alih kelab tersebut.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dilaporkan belum menerima permohonan untuk Norshahrul dan Indra Putra, sebaliknya hanya Daudsu dan Nurul Azwan yang mengesahkan menerima tawaran dari pasukan itu.

Norshahrul Idlan Talaha yang lebih mesra dengan panggilan Mat Yo, baru-baru ini menegaskan dia komited untuk bersama Kelantan kerana kontraknya dengan pasukan tersebut masih terikat untuk tempoh setahun lagi.

"Saya masih lagi bermain untuk Kelantan bagi musim depan kerana kontrak masih ada setahun lagi," kata Mat Yo.

Mat Yo kini berada dalam kem latihan skuad Harimau Malaya untuk persiapan menjelang beberapa siri perlawanan persahabatan, sebelum menghadapi kempen Piala AFF Suzuki

"Buat masa ini saya hanya fokus untuk saingan Piala AFF," tambahnya.

Kelantan meraih kejuaraan trebel pada musim ini selepas menjuarai Liga Super, Piala FA dan terbaru Piala Malaysia.

Wenger Pertahan keputusan naik jet

London: Arsene Wenger (gambar) mempertahankan keputusan Arsenal menggunakan jet peribadi ke Norwich pada minggu lalu selepas tindakan itu ditempelak kumpulan pencinta alam sekitar.
    Arsenal memutuskan untuk terbang dari London ke Norwich untuk perlawanan EPL di Carrow Road pada Sabtu, selepas perkhidmatan kereta api mengalami masalah.
     Penerbangan singkat itu hanya mengambil masa 15 minit namun dikritik hebat oleh pencinta alam sekitar.
     ''Tidak masuk akal,'' tulis penyelaras Norwich and Norfolk Friends, Jennifer Parkhouse.
     ''Saya tidak nampak alasan mereka mesti mengambil penerbangan kecuali pemain gemar menunjukkan apabila berada dalam kelab yang kaya.
      ''Jika penerbangan mengambil masa 14 minit, mereka pasti mengambil masa untuk pergi dan pulang dalam penerbangan itu.''
      Wenger bagaimanapun berkata, masalah pengangkutan menyebabkan mereka tiada pilihan selain menaiki kapal terbang.
       ''Biasanya kami menaiki kereta api tapi kali ini kereta api tidak boleh digunakan. kami putuskan untuk terbang kerana jika memandu pada petang jumaat, kami tidak tahu berapa lama masa akan diambil,'' katanya. Pada perlawanan itu, The Gunners tewas tipis 0-1.-AFP

Misi Asah Peledak

Tiga aksi persahabatan terakhir skuad negara dalam persiapan mempertahankan AFF penghujung bulan depan bakal menagih ketajaman penyerang Pelita Jaya FC, Mohd Safee Sali dan tonggak utama Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha.
    Kedua2 kini dilihat dalam prestasi terbaik dan pastinya bersedia untuk diuji ketua jurulatih negara Datuk K Rajagobal bagi menghadapi perlawanan persahabatan kelas A menentang Vietnam (3 November), Thailand (7 november) dan Hong Kong (14 November) selepas mempamerkan sentuhan penyudah dan corak permainan yang membanggakan.
     Safee Sali sebelum ini menamatkan kemarau jaringan hampir setahun bersama Skuad Negara apabila jaringan pembukaannya membantu skuad negara menewaskan Hong Kong  3-0 di stadium mongkok pada minggu lalu manakala Norshahrul atau lebih mesra dgn pnggilan Mat Yo yang kelihatan 'tumpul' meledak 2 jaringan ketika membantu Kelantan menjuarai Piala Malaysia pada Sabtu lalu.
      Lebih penting corak permainan Mat Yo kembali ditakuti atau digeruni barisan pertahanan menerusi gerakan licik yang kelihatan sudah kembali dimilikinya sekaligus kedua2 pemain terbabit dilihat bakal menjadi taruhan untuk menggegar gawang lawan pada temasya dwitahunan bermula 24 November ini.
      ''Jaringan saya dan persembahan yang dipamerkan Norshahrul tiba tepat pada masanya untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF.Malah bagi saya sendiri jaringan itu mmberi keyakinan untuk terus mengekalkan prestasi selain berusaha mempertajamkan lagi sentuhan menjelang tugas getir ini'',kata Safee.
       Menurut kapten Pelita Jaya FC itu, dia tidak pernah mengalami tekanan untuk menggegar gawang pihak lawan kerana matlamat utamanya adalah untuk beraksi dengan baik serta memenangi perlawanan untuk pasukan.




       Apa pun sama2 lah kita mendoakan kejayaan Skuad Harimau Malaya spaya terus mempamerkan aksi permainan yang terbaik....supaya Harimau Malaya sekali lagi boleh mencipta sejarah dengan mempertahankan Piala AFF bagi edisi tahun ini...sama2 lah kita doakan dan berikanlah sokongan yang padu untuk Pasukan kita...SELAMANYA HARIMAU MALAYA!!!

Saya tidak boleh baiki pertahanan-FERGIE


Saya tidak boleh perbaiki pertahanan - Ferguson

Sir Alex Ferguson telah mengakui dia tidak mempunyai jawapan untuk memperbaiki kegoyahan benteng yang kini sedang menggugat kekuatan pasukannya.
 
Ferguson menyaksikan United ketinggalan buat kali kelapan dalam 12 perlawanan di kempen ini dalam aksi Liga Juara-juara menentang Braga.
 
Namun maruah Ferguson ditebus terima kasih kepada gol dari Jonny Evans dan dua gol dari striker, Javier Hernandez yang membantu United meraih kemenangan sukar 3-2.
 
Kejayaan itu hampir pasti mengesahkan laluan United ke peringkat kalah mati pertandingan tersebut dan dengan United bakal berdepan gergasi Inggeris, Chelsea, Arsenal dan Braga sekali lagi dalam tempoh dua minggu akan datang, Ferguson sedar dia harus mencari kunci menyelesaikan masalah di benteng dengan segera, sebelum ia memberi padah besar buat pasukannya.
 
"Saya akui saya tak temui jalan selesaikannya," katanya. "Jika anda analisa gol-gol yang kami lepaskan, ia datang dari lontaran dalam, hantaran lintang, lorongan ke belakang, macam-macam, dan pasukan lawan dapat cari pemain mereka bebas di kawasan penalti kami. Sukar untuk cari cara atasi masalah ini, dan ia satu kegusaran kerana ia susahkan hidup kami."
 
Ferguson memilih opsyen merehatkan Rio Ferdinand, dengan Michael Carrick bertindak sebagai pengganti sementara di bek tengah, dan Carrick dilihat bergelut beberapa kali berdepan dengan serangan Braga dalam perlawanan tersebut.Saya tidak boleh perbaiki pertahanan - Ferguson

Sir Alex Ferguson telah mengakui dia tidak mempunyai jawapan untuk memperbaiki kegoyahan benteng yang kini sedang menggugat kekuatan pasukannya.

Ferguson menyaksikan United ketinggalan buat kali kelapan dalam 12 perlawanan di kempen ini dalam aksi Liga Juara-juara menentang Braga.

Namun maruah Ferguson ditebus terima kasih kepada gol dari Jonny Evans dan dua gol dari striker, Javier Hernandez yang membantu United meraih kemenangan sukar 3-2.

Kejayaan itu hampir pasti mengesahkan laluan United ke peringkat kalah mati pertandingan tersebut dan dengan United bakal berdepan gergasi Inggeris, Chelsea, Arsenal dan Braga sekali lagi dalam tempoh dua minggu akan datang, Ferguson sedar dia harus mencari kunci menyelesaikan masalah di benteng dengan segera, sebelum ia memberi padah besar buat pasukannya.

"Saya akui saya tak temui jalan selesaikannya," katanya. "Jika anda analisa gol-gol yang kami lepaskan, ia datang dari lontaran dalam, hantaran lintang, lorongan ke belakang, macam-macam, dan pasukan lawan dapat cari pemain mereka bebas di kawasan penalti kami. Sukar untuk cari cara atasi masalah ini, dan ia satu kegusaran kerana ia susahkan hidup kami."

Ferguson memilih opsyen merehatkan Rio Ferdinand, dengan Michael Carrick bertindak sebagai pengganti sementara di bek tengah, dan Carrick dilihat bergelut beberapa kali berdepan dengan serangan Braga dalam perlawanan tersebut.