Selasa, 30 Oktober 2012

Cabaran FERGIE untuk RVP



     Teruja menyaksikan penyerang kesayangannya, Robin Van Persie menjaringkan 7 gol dalam 8 perlawanan terakhir. Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mencabar pemain antarabangsa Belanda itu untuk mengatasi 37 gol semusim yang diciptakan bersama Arsenal musim lalu.
       Wayne Rooney menjaringkan 35 gol dalam semua pertandingan musim lalu, dan tiada pemain United menjaringkan gol melebihi angka itu sejak kali terakhir Cristiano Ronaldo melakukannya pada musim 2007/2008 apabila meledak 42 gol, manakala Ronaldo juga satu-satunya pemain United yang pernah menjaringkan melebihi 30 gol dalam saingan EPL iaitu pada musim yang sama.
         Kejayaan RVP mengatasi jumlah itu bermakna dia akan menghampiri atau mungkin mengatasi rekod jaringan milik CR, dan selepas melihat RVP meneruskan bisa sentuhan jaringannya dengan 2 gol ketika menewaskan Cluj dalam saingan Liga Juara. Fergie berkata dia amat gembira jika RVP menyahut cabarannya.
           “Melihat prestasi RvP ketika ini, saya yakin dia boleh mencapai 40 gol semusim, dan saya sangat gembira sekiranya dia dapat melakukannya, ianya mengejutkan bagi saya kerana sentuhannya tidak hilang walaupun tidak terlibat dalam persiapan pra musim, malah kecergasannya semakin meningkat ketika ini,” ujar Fergie.
            Tambahan Fergie lagi : “Dia bukan sahaja penjaring gol prolific, tetapi lebih dari itu RVP juga pencipta gol yang hebat, lihat sahaja bagaimana dia mencipta ruang buat Kagawa ketika perlawanan menentang Spurs tempoh hari, dia mempunyai sasaran yang jelas pada hantarannya, ia sudah terbukti.”

Tiada ulasan:

Catat Ulasan