Jumaat, 24 Mei 2013

Be professional fans

       Assalamuaalaikum..fuyoo..dah lame admin tak sign in blog admin ni..insyaallah akan kembali fokus ke blog ni.
       Ok bola sepak di negara kita sekarang semakin rancak, semakin sengit setiap pasukan untuk mencari gelaran, ape entah lagi Liga Super, cukup sengit untuk merebut tempat teratas, sampai kan tak boleh jangka pasukan manakah yang berpeluang menjadi juara MSL musim ini. Dengan juara bertahan Kelantan yang terumbang ambing musim ini. oh!!! bercakap tentang Kelantan, pasukan gergasi dari pantai timur ini baru sahaja tewas dengan Johor Darul Takzim pada khamis lalu.
      Perlawanan yang berlangsung di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunus, Larkin itu agak panas cerita nya di situ. Admin juga pergi ke stadium untuk menonton perlawanan secara Live di stadium itu. Maklumlah orang Johor pergi juga sebab member dah ajak. Apa yang admin nak cerita adalah bukan sahaja perlawanan yang sengit, tetapi perang antara kedua dua belah penyokong yang juga tidak kurang hebat nya. Admin yang tiba di Stadium pada pukul 6 ptg, alhamdulilah kami masih dapat membeli tiket, setelah mendapatkan tiket kami terus menunggu di pintu untuk masuk. Teatapi masalah di sini pintu yang sangat lambat dibuka kepada penyokong, selalu pukul 6 sudah dibuka tetapi hari itu hampir setengah jam kemudian baru pintu dibuka kepada kami.
        Setelah kami masuk dan temui tempat duduk dan kami tunggu lah sehingga perlawanan bermula. Lebih kurang jam 7.30 malam player masuk untuk memanaskan badan. Penyokong pasukan Johor tidak berhenti menyanyi dan bersorak walaupun perlawanan belum bermula. Terharu admin melihat semangat mereka. Setelah hampir sejam player memanaskan badan mereka masuk ke bilik persalinan untuk memulakan perlawanan. Sekitar jam 8.40 sudah terlihat camera man berkumpul di terowong tempat player keluar menandakan perlawanan yang sebenar sudah hampit. Tetapi, di sinilah masalahnye kelihatan ada masalah di tempat duduk penyokong kelantan yang bersebelahan dengan penyokong Johor. Tidak pasti apa masaahnye, tetapi apa yang admin lihat penyokong Johor terpaksa dialihkan kerana tempat duduk sudah penuh, harh, dalam hal ini pihak pengurusan stadium harus dicurigai, bagaiman tempat duduk boleh penuh sedangkan setahu admin tiket tak kan dijual lebih dari jumlah tempat duduk, harh harap faham bagi yang membaca. Disebabkan masalah itu, perlawanan dimulakan lewat dari masa yang sebenar.

        Jam 9.20 player masuk dan perlawanan pun bermula, bersemangat penykong JDT bersorak demi pasukan kesayangan mereka ini, tetap dalam seronok memberi sokongan ada pula sorakan yang tidak enak didengar, bahasa yang memaki player lawan, bermacam macam makian yang dilempar kan. Rehat separuh masa pertama yang berkesudahan seri tanpa jaringan, tiba tiba sahaja kawasan tempat duduk kami kecoh kerana terdapat beberapa orang penyokong kelantan, bila dapat tahu ada penyokong pihak lawan di situ penyokong JDT kecoh dan tidak lama kemudian datang lah pihak polis mengawal keadaan supaya tidak terjadi    perkara yang tidak diingini berlaku.
        Perlawanan berkesudahan dengan kemenangan berpihak pada JDT menang 2-0 hasil jaringan bekas pemain kelantan Mat yo dan Awe. Perlawanan sudah tamat apa lagi, kami pun bergerak keluar, sedang berjalan kami terlihat ramai orang berlari ke arah jalan ke stesen bas Larkin, kelihatan polis juga pantas berjalan kaki menuju ke arah yang panas itu, kebetulan admin dan member menuju ke arah itu untuk ke terminal pengangkutan awam larkin. Tetapi apabila kami melalui kawasan tersebut telah dileraikan kerana ada polis di situ, dengar nya ada pergaduhan yang berlaku. Dengar nya penyokong Kelantan dipukul oleh penyokong JDT.
        Jadi, pihak pengurusan stadium harus menitik beratkan tentang kapasiti penyokong yang hadir ke stadium supaya kejadian itu tidak berlaku lagi ini semua demi memajukan bola sepak negara kita dan sikap penyokong harus professional dan tidak melakukan kekecohan ataupun provokasi. Walaupun kita menyokong pasukan yang berlainan tetapi kita masih di dalam 1 Negara dan tidak seharusnya bermusuhan sesama kita. Ini pandangan dari Admin sahaja cuba kita fikirkan bersama demi kemajuan sukan no 1 dalam negara  kita ini.

Jumaat, 22 Februari 2013

N9 mencari kemenangan pertama


Misi meraih kemenangan pertama liga super musim ini menjadi agenda utama skuad Hoben Jang Hoben dalam pertemuan menentang T-Team, jika tidak mahu lagi terperosok di tangga tercorot liga.
Tekanan semestinya memuncak buat Negeri Sembilan yang bakal melayan kunjungan T-Team di Stadium Tuanku Abdul Rahman Paroi Jumaat ini yang masih belum mencipta sebarang kemenangan daripada tujuh perlawanan setakat ini.
Beraksi di laman sendiri bukan satu kelebihan buat skuad kendalian Divaldo Alves dan ini terbukti apabila mereka gagal menang ke atas Terengganu, Perak dan ATM dalam aksi liga.
Aksi terakhir menentang PKNS di Shah Alam nyaris berakhir dengan kekalahan dan jurulatih Divaldo Alves lebih menumpukan keputusan seri diperolehi atas faktor mutu pengadilan yang tidak memihak skuadnya.
Jelas Divaldo kini dalam keadaan terdesak mencari kesebelasan terbaik seterusnya mencari kemenangan jika mahu terus kekal dalam pengurusan Negeri Sembilan.
Sementara T-Team yang kini di tangga ke-9 liga masih tidak boleh terlalu selesa kerana hanya dua mata di atas zon penyingkiran.
Aksi mantap ketika menewaskan juara Liga Super musim lalu, Kelantan pada awal musim gagal diteruskan dan skuad kendalian Peter Butler tewas dua perlawanan berturut-turut sebelum kembali mencatat kemenangan ke atas Lions XII.
Aksi terbaru selasa lalu, T-Team sekadar mencatat seri berdepan Felda United dan jika pasukan pantai timur itu mahu membuktikan kredibiliti mereka, kemenangan harus dicari malam esok.
Untuk rekod, Negeri Sembilan berkelebihan menang 6 perlawanan daripada 10 pertemuan sejak 2009 namun pertemuan terakhir di liga musim lalu, kedua-dua pasukan sekadar terikat seri satu sama.
Mampukah Negeri Sembilan meraih kemenangan sulung di liga menentang T-Team?
Saksikan siaran langsung perlawanan pada Jumaat bermula dengan pra rancangan jam 8 malam hanya di Astro Arena saluran 801.