Khamis, 25 Oktober 2012

Empat pemain Kelantan dipancing Johor





                                                            

Selepas Kelantan mencipta kejayaan trebel pada musim ini, pasukan Johor dilihat berminat untuk menggunakan khidmat pemain dari skuad pantai timur itu.

Difahamkan, Johor sedang memancing empat pemain Red Warriors, Norshahrul Idlan Talaha, Indra Putra Mahayuddin, Daudsu Jamaluddin dan Nurul Azwan Roya bagi persiapan untuk musim depan.

Pasukan Johor adalah transformasi daripada Johor FC selepas Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) mengambil alih kelab tersebut.

Bagaimanapun, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dilaporkan belum menerima permohonan untuk Norshahrul dan Indra Putra, sebaliknya hanya Daudsu dan Nurul Azwan yang mengesahkan menerima tawaran dari pasukan itu.

Norshahrul Idlan Talaha yang lebih mesra dengan panggilan Mat Yo, baru-baru ini menegaskan dia komited untuk bersama Kelantan kerana kontraknya dengan pasukan tersebut masih terikat untuk tempoh setahun lagi.

"Saya masih lagi bermain untuk Kelantan bagi musim depan kerana kontrak masih ada setahun lagi," kata Mat Yo.

Mat Yo kini berada dalam kem latihan skuad Harimau Malaya untuk persiapan menjelang beberapa siri perlawanan persahabatan, sebelum menghadapi kempen Piala AFF Suzuki

"Buat masa ini saya hanya fokus untuk saingan Piala AFF," tambahnya.

Kelantan meraih kejuaraan trebel pada musim ini selepas menjuarai Liga Super, Piala FA dan terbaru Piala Malaysia.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan