Teruja menyaksikan penyerang
kesayangannya, Robin Van Persie menjaringkan 7 gol dalam 8 perlawanan terakhir.
Pengurus Manchester United, Sir Alex Ferguson mencabar pemain antarabangsa
Belanda itu untuk mengatasi 37 gol semusim yang diciptakan bersama Arsenal
musim lalu.
Wayne Rooney menjaringkan 35 gol dalam
semua pertandingan musim lalu, dan tiada pemain United menjaringkan gol
melebihi angka itu sejak kali terakhir Cristiano Ronaldo melakukannya pada
musim 2007/2008 apabila meledak 42 gol, manakala Ronaldo juga satu-satunya
pemain United yang pernah menjaringkan melebihi 30 gol dalam saingan EPL iaitu
pada musim yang sama.
Kejayaan RVP mengatasi jumlah itu
bermakna dia akan menghampiri atau mungkin mengatasi rekod jaringan milik CR,
dan selepas melihat RVP meneruskan bisa sentuhan jaringannya dengan 2 gol
ketika menewaskan Cluj dalam saingan Liga Juara. Fergie berkata dia amat
gembira jika RVP menyahut cabarannya.
“Melihat prestasi RvP ketika ini,
saya yakin dia boleh mencapai 40 gol semusim, dan saya sangat gembira sekiranya
dia dapat melakukannya, ianya mengejutkan bagi saya kerana sentuhannya tidak
hilang walaupun tidak terlibat dalam persiapan pra musim, malah kecergasannya
semakin meningkat ketika ini,” ujar Fergie.
Tambahan Fergie lagi : “Dia bukan
sahaja penjaring gol prolific, tetapi lebih dari itu RVP juga pencipta gol yang
hebat, lihat sahaja bagaimana dia mencipta ruang buat Kagawa ketika perlawanan
menentang Spurs tempoh hari, dia mempunyai sasaran yang jelas pada hantarannya,
ia sudah terbukti.”

.jpg)


![Info @[194872387201016:274:Bola,Bola&Bola] :
Khabar mengejutkan datang dari seorang ejen bernama Francois Gallardo, yang mengatakan bahawa keputusan Josep ‘Pep' Guardiola meninggalkan Barcelona bukan kerana alasan ingin berehat.
Dalam pernyataan tersebut, Gallardo mendedahkan bahawa Pep memutuskan untuk tidak menyambung kontrak bersama Barcelona kerana tidak mendapat sokongan penuh dari presiden kelab, Sandro Rosell berkaitan rancangannya untuk melepaskan empat pemain yang tidak disukainya.
“Guardiola telah memberi empat syarat kepada (Sandro) Rosell, sebelum menandatangani lanjutan kontrak,” ujar Gallardo seperti yang dilaporkan dari AS.
“Salah satu dari syarat tersebut, ada permintaan Guardiola untuk menjual Dani Alves, Gerard Pique, Cesc Fabregas dan David Villa. Ini kerana Guardiola menilai mereka sudah tidak mempunyai komitmen lagi bersama pasukan,” sambungnya.
Pengurus yang berjaya dalam sejarah Barca dengan koleksi 14 trofi juara dalam empat tahun ini, diakui Gallardo tidak menyukai keempat-empat pemain tersebut.
Namun, keinginannya tersebut ditolak oleh Rosell yang tahu bahawa peminat tidak akan menerima keputusannya jika beliau menuruti keinginan Guardiola. Dan akhirnya, Guardiola memutuskan untuk tidak menyambung kontrak dan kini tengah menikmati masa ‘cutinya’ bersama keluarga di New York, Amerika Syarikat.
Namun, kenyataan Gallardo ini masih belum dapat dipercayai sepenuhnya kerana sebelum ini beliau juga telah mendedahkan bahawa kapten Chelsea, John Terry akan berhijrah ke Valencia. Namun semua itu telah dinafikan oleh "The Blues".](http://sphotos-e.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-prn1/s480x480/60710_489804661041119_783752762_n.jpg)




.jpg)

.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
