Sabtu, 2 Jun 2012

ROY HODGSON Resah


  London: Pemain tengah England, Frank Lampard terpaksa diketepikan untuk aksi EURO2012 selepas ujian imbasan menunjukkan dia mengalami kecederaan paha ketika sesi latihan.
  Lampard bergelut dengan masalah itu ketika turun menjalani latihan bersama Skuad England, Rabu lalu dan jurulatih, Roy Hodgson memutuskan tempat bintang Chelsea itu terpaksa digantikan apabila ujian imbasan menunjukkan dia tidak mampu kembali cergas bagi diturunkan pada tiga perlawanan awal peringkat kumpulan.
  Berikutan itu, pemain tengah Liverpool, Jordan Henderson, dipanggil menggantikan tempat Lampard bagaimanapun tertakluk kepada persetujuan pasukan persahabatan UEFA.
  “Frank Lampard terpaksa diketepikan daripada EURO 2012 kerana kecederaan,’’kata FA dalam satu kenyataan yang dikeluarkan dalam laman web.
  ‘’pemain tngah Chelsea itu mengalami kecederaan paha ketika latihan Rabu lalu dan menjalani pemeriksaan lanjutan oleh pegawai perubatan hari ini (kelmarin) selepas melakukan imbasan.”
  Biarpun kedudukan Lampard di bahagian tngah masih belum pasti dapat memintas kedudukan Steven Gerard dan Scott Parker untuk diturunkan di bahagian tngah dalam skuad utama EURO, ia tetap menjadi tamparan hebat buat Hodgson berikutan Lampard menunjukkan aksi mengagumkan baru baru ini dgn memainkan perana utama membawa Chelsea merangkul Kejuaraan Liga Juara-Juara dan Piala FA pada minggu terakhir musim.
  Hodgson ketika ini perlu berasa takut untuk membawa cabaran England di EURO selepas menerima kritikan dan kini sudahpun mengetepikan pemain tngah  Manchester City, Gereth Barry yg mengalami masalah bahagian bawah abdomen ketika mereka mencatatkan kemenangan menerusi Norway, hujung minggu lalu.
  Ia seolah-olah tidak cukup teruk buat pengurus itu apabila pemain pertahanan Tottenham Kyle Walker yg menjadi calon utama skuad Hodgson turut diketepikan kerana kecederaan pergelangan kaki dialami pada hari terakhir Liga Perdana Inggeris manakala penjaga Gol Norwich John Ruddy turut diketepikan kerana patah jari ketika sesi latihan.
  Hodgson bagaimanapun memilh untuk memperjudikan kecergasan penyerang Manchester United, Danny Welbeck yang tidak beraksi sejak 30 April lalu kerana kecederaan pergelangan kaki ketika tewas di Manchester City dan pertahanan Liverpool Glen Johnson ibu jari kaki.
  “ia satu tamparan untuk pasukan terutama selepas kehilangan seorang lagi pemain berpengalaman seperti Barry,’’ kata Roy Hodgson.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan