Pada awal minit permainan, minit ke 3, Singapura mempunyai peluang untuk membuka jaringan menerusi Agu Casmir, Agu Casmir dapat menanduka bola yang di hantar oleh Saiful Esah dgn cantik tetapi berjaya ditepis keluar oleh penjaga gol Malaysia Khairul Fahmi Che Mat. Singapura lebih banyak mnguasai bola sering mengucar kacir kan barisan pertahanan Malaysia.
Ketika masa perlawanan hanya tinggal 2 mnit untuk separuh masa pertama Malaysia berjaya menjaringkan gol menerusi 'Super Sub' Azamudin Akil yg masuk mnggantikan Shahurain, gerakan tersebut berpunca tolakan Azamudin kepada Safee Sali yg berkedudukan tidak offside di dalam kotak penalti dan mnolak bola ke tgh dan Dummy dari Norshahrul dan jaringan oleh Azamudin Akil.Pada separuh masa kedua-dua pasukan beraksi seimbang, pada minit ke 59, Norshahrul dijatuhkan di hadapan kotak penalti kira 25 meter jarak dari pintu gol Singapura dan sepakan percuma diberikan kepada Malaysia. Kapten Pasukan Malaysia, Safiq Rahim menyempurnakan sepakan percuma itu dgn jaringan yg menarik dan hanya mmpu dilihat sahaja oleh penjaga gol muda Singapura Izwan Mahbud.
Pada minit ke 83 pasukan Singapura dihadiahkan sepakan penalti setelah pemain mereka dijatuhkan di dalam kotak penalti. Sepakan penalti yg diambil oleh Qiu Li diselamatkan oleh Khairul Fahmi Che Mat dgn kemas sekali. Setelah sepakan penalti itu, kontroversi berlaku apabila sepakan percuma di dalam kotak penalti diberikan kepada Singapura oleh pengadil yg bertugas sekali gus timbul rasa tidak puas hati kepada pemain Malaysia, sepakan percuma itu yg diambil oleh pemain Singapore gol sekali gus memberi tekanan kepada pemain Malaysia.
Ketika masa tambahan diberikan, pasukan Singapore dihadiahkan sepakan percuma, set piece dirancang begitu baik oleh pemain Singapore, apabila Irwan menolak bola kepada Qiu Li yg tidak dikawal langsung oleh pemain Malaysia mnjaringkan gol yg cukup menrik skali dari luar kotak penalti, sekaligus gol penyamaan untuk Singapura dan perlawnan tamat dgn Malaysia 2-2 Singapore.
Malaysia yg telah berjaya mendahului Singapura dgn 2-0 tidak berjaya bertahan dgn baik sekaligus memberi peluang untuk pasukan Singapore untuk bangkit.Apapun diharapkan pemain Malaysia boleh mnunjukkan permainan yg terbaik pada perlawanan persahabatan kedua nanti antara Malaysia vs Singapura di Stadium Shah Alam, Malaysia pada 13 jun nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan