Rekod
pertemuan lalu bukan kelebihan buat Singapura yg tetap menganggap Harimau
Malaya selaku pasukan yg perlu dihormati
di rantau ini.
Biarpun
Singapura Berjaya menyekat hajat juara bertahan Piala AFF pada pusingan kedua
kelayakan Piala Dunia 2014 julai lalu, pengurus Singapura Eugene Loo tetap
menganggap bukan mudah untuk mereka mengulangi skrip yg sama dalam aksi
persahabatan jumaat ini di Stadium Jalan Besar.
“Perlawanan
antara Singapura dan Malaysia tidak kira dalam kejohanan atau perlawanan persahabtan
pasti sengit. Bagi saya perlawana berstatus A Fifa ini bagus bagi persiapan
kedua-dua pasukan untuk menghadapi Piala AFF tahun ini.”
“sukar untuk
menjangkakan keputusan kali ini tapi jika Malaysia berada di prestasi terbaik,
mereka boleh mengatasi kami,” katanya yg dihubungi di Singapura semalam.
Namun dalam
nada merendah diri, Eugene tidak menyembunyikan betepa kemenangan yg dicari
skuad kendalian Radojko Avramovich yg ktandusan kemenangan dalam enam
perlawanan terakhir termasuk tewas di tngan Hong Kong 0-1 jumaat lalu.
Bagaimanapun
mereka masih mempunyai rekod baik dalam pertemuan sesama pasukan rantau ini dgn
mnewaskan Malaysia 5-3 pada aksi kelayakan Piala Dunia, dan mnang 2-0 ke atas
Filipina dalam aksi perlawanan persahabatan meskipun tumpas dalam kesemua
Kelayakan Piala Dunia peringkat kumpulan A.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan