Ahad, 9 Disember 2012

Malaysia 1-1 Thailand separuh akhir pertama Piala AFF


KUALA LUMPUR: Malaysia gagal memanfaatkan peluang di tempat sendiri apabila seri 1-1 dengan pasukan Thailand di Stadium Bukit Jalil semalam dalam perlawanan separuh akhir pertama dalam saingan Piala AFF Suzuki.
    Ini menyaksikan skuad Dato’ K,Rajagobal berdepan tugas sukar apabila bertandang di Stadium Supachalasai di Bangkok pada Khamis ini untuk separuh akhir kedua dalam Piala AFF.
    Malaysia selaku juara bertahan dalam kejohanan ini bermula garang pabila mengasak bertubi tubi ke kubu pertahanan Thailand namun ketumpulan jentera serangan gagal menyudahkan peluang yang terhidang.
     Sebaliknya, Thailand yang sesekali melancarkan serangna ke kubu Malaysia hamper memecah kebuntuan pada minit ke-19 apabila sepakan kencang Phichitpong Choeichiu dari luar kotak penalty Berjaya ditepis keluar oleh Farizal Marlias.
       Tersentak dengan percubaan tersebut, pemain Malaysia kembali mengatur serangan dan hasil hantaran silang pemain bek kiri yang diturunkan Bunyamin Umar, gagal ditanduk kemas oleh Azamudin Akil setelah Berjaya melepasi perangkap offside barisan pertahanan Thailand pada minit ke-20.
         Malaysia berpeluang berada di hadapan pada minit ke-32 namun kuisan Baddrol Bakhtiar menerusi sepakan penjuru Safiq Rahim Berjaya ditampan keluar penjaga gol Thailand, Kawin Thamsatchanan.
         Seminit kemudian giliran Safiq pula mengancam pintu gol lawan namun sepakan percumanya Berjaya ditepis keluar penjaga gol Thailand untuk kedudukan seri tanpa jaringan pada separuh masa pertama.
          Tiga minit selepas permainan bersambung, Norshahrul Idlan Talaha kembali menemukan rentak pemusnahnya apabila menanduk masuk gol pertama Harimau Malaya hasil hantaran silang yang menarik dari bek kanan pasukan Malaysia yang rajin untuk melakukan overlapping membantu jentera serangan, Mahali Jasuli.
           Ketinggalan satu gol, Skuad Gajah Putih mengasak pintu gol Harimau Malaya namun kekebalan kubu pertahan Harimau Malaya sukar untuk dibolosi.
Mat yo meraikan gol pertama Harimau Malaya
           Pemain paling bernilai dalam kancah bola sepak Malaysia, Norshahrul hamper Berjaya mengandakan jaringan pada minit ke-63 namun sepakannya sedikit tersasar.
           Thailand hampir Berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-66 apabila rembatan kencang pemain gentian Apipoo Suntornpanavej ditepis keluar oleh Farizal untuk sepakan sudut.
           Namun Pasukan pelawat akhirnya Berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-79 menerusi penyerang berbisa mereka, Teerasil Dangda yang menanduk masuk bola hasil umpanan rakan sepasukan untuk menewaskan Farizal Marlias.
         Kelantangan jurulatih Thailand, Windried Anton Schafer yang sering membantah keputusan pengadil akhirnya membawa padah apabila dia diarah meninggalkan tempat bangku simpanan pemain pada minit ke-81.
       Kesempatan itu digunakan Pasukan Malaysia mengatur serangan dan Safee Sali yang menggantikan Amar Rohidan hampir meletakkan Malaysia di hadapan pada minit ke-81 namun tandukan kencang nya Berjaya diselamatkan penjaga gol Thailand.
        Pada babak-babak akhir perlawanan, Malaysia mengatur serangan bertali arus ke kubu Thailand namun peluang yang ada disiasiakan untuk kedudukan seri 1-1 kekal sehingga tamat permainan.
Rajagobal Puas Hati.........
        Walaupun keputusan seri 1-1 sama, tidak seperti yang diharapkan para penyokong Malaysia diamana perlu memanfaatkan peluang beraksi di tempat sendiri membawa bekalan gol yang selesa untuk saingan separuh akhir kedua di tempat lawan, namun Ketua Jurulatih Negara, Dato’ K.Rajagobal nyata berpuas hati dengan persembahan anak buahnya kerana skuad yang diturunkan bukanlah skuad yang terbaik kerana ramai tonggak utama mengalami masalah kecederaan dan mungkin akan pulih sepenuhnya untuk menghadapi perlawanan seterusnya sekaligus Malaysia boleh beraksi dengan skuad terbaik untuk menumpaskan pasukan lawan dan melangkah ke pentas akhir untuk merealisasikan impian memepertahankan Piala yang dijulang pada edisi yang lalu, Piala AFF Suzuki dan kita teruslah menyokong dan sentiasa berada di belakang pasukan Harimau Malaya untuk merealisasikan misi ini.
         Malaysia dan Thailand akan berentap  sekali lagi pada aksi separuh akhir kedua di Thailand untuk menentukan siapa yang akan ke pentas akhir pada Khamis ini dan akan disiarkan di RTM1, Astro  ASSP 813 dan Astro ESPN HD 833.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan