Khamis, 6 Disember 2012

Farizal Pilihan Tepat

  Kecemerlangan Farizal Marlias dalam dua perlawanan di peringkat kumpulan Piala AFF Suzuki menuntut kejurulatihan negara untuk terus menggunakan khidmatnya dalam perlawanan separuh akhir menentang Thailand.
Farizal Marlias
   Jurulatih penjaga gol negara Faozi Mukhlas mengharapkan kecemerlangan dari Farizal untuk mengawal gawang negara pada pertembungan Ahad ini.
   Walaupun ia belum diputuskan secara rasmi oleh Datuk K.Rajagobal, namun berdasarkan pada persembahan Farizal pada dua perlawanan sebelum ini iaitu menentang Laos dan Indonesia, Farizal adalah pilihan yang tepat.
     Ia diperkuatkan lagi dengan kelebihan yang dimiliki Farizal yang turut beraksi dalam perlawanan persahabatan bertemu Thailand bulan lalu walaupun Farizal melepaskan 2 gol pada perlawanan itu menyaksikan Malaysia tewas dengan Thailand 2-0,namun itu bukan jadi masalah,setiap kelemahan pasti boleh dibaiki.Ia tergantung pada konsentrasi dan fokus Farizal pada perlawanan yang akan datang.
    Farizal yang hanya bolos satu dalam peringkat kumpulan ketika menentang Laos yang menyaksikan Malaysia menang 4-1 ke atas Laos di Stadium Bukit Jalil.
    Bukan Admin nak memperkecilkan kebolehaan Khairul Fahmi Che Mat atau lebih dikenali ''Apek". Memang tidak dapat dinafikan kecekapan dan kecemerlangan Apek dalam perlawanan-perlawanan yang diturunkan, Apek juga tonggak penting di gawang negara ketika Piala AFF Suzuki pada tahun 2010 di mana menyaksikan Malaysia menjulang Piala itu buat pertama kalinya dalam sejarah bola sepak Malaysia. Mungkin beliau tidak bernasib baik kerana bolos 3 gol dalam perlawanan pertama kumpulan B di mana menyaksikan Malaysia tewas 3-0 kepada Singapura, ianya perlawanan pertama sememangnya kegugupan menghantui beliau dan sekaligus melakukan kesilapan dalam perlawanan tersebut,namun itu tidak disengajakan oleh Apek.
    tetapi admin yakin jikalau Apek diturunkan pada perlawanan seterusnya sudah tentu Apek tidak akan mengecewakan penyokong Harimau Malaya. Segalanya bergantung pada ketua jurulatih negara, Datuk K.Rajagobal kerana beliau pernah menyatakan "saya kenal pemain saya".
Khairul Fahmi atau "Apek"
    Siapa pun yang akan diturunkan pada perlawanan separuh akhir nanti Admin yakin mereka akan melakukan yang terbaik untuk penyokong dan rakyat Malaysia.
    Aksi separuh akhir pertama Malaysia dan Thailand akan disiarkan secara langsung pada Ahad, jam 8.25 malam di siaran Astro Star Sport 813 dan RTM 1.                                      

Tiada ulasan:

Catat Ulasan