Khamis, 31 Mei 2012

RVP: SAYA SENTIASA SEORANG GUNNER

Striker antarabangsa Belanda berusia 28 tahun itu mendahului undian yg dibuat wartawan, jauh mengatasi duo Manchester United, Wayne Rooney dan Paun Scholes, dgn pemain Fulham, Clint Dempsey menduduki tangga keempat.
   Tiga puluh tujuh gol RVP dalam semua pertandingan telah membantu Arsenal menduduki empat teratas EPL, meletakkan mereka ke slot automatik di Liga Juara-Juara musim depan - satu kempen Eropah yg bkal menyaksikan RVP mengambil bahagian ketika dia bersedia untuk perbincangan berkaitan kontrak baru musim panas ini.
   ''itu masih dalam perancangan. kami belum menetapkan tarikh, namun saya akan adakan pertemuan dgn bos seperti yg pernah kami buat sebelum ini. kami akan berbincang tentang masa depan saya, dan banyak perkara lain lagi.''
    ''Arsenal kelab menakjubkan. Lahirnya saya seperti hari ini adalah kerana Arsenal. Ketika saya tandatangani perjanjian  (untuk sertai Arsenal) ia merupakan impian jadi kenyataan.''
    ''jika anda tanya pemain seperti Robert Pires bagaimana perasaanya, dia akan kata 'saya rasa seperti seorang Gunner' - dan apa juga yang berlaku terhadap saya, saya akan sentiasa kekal seorang Gunner.''
   

Tiada ulasan:

Catat Ulasan