Isnin, 10 Disember 2012

Fakri sah beraksi di kelab Portugal

fakri saarani
Ahmad Fakri Saarani disahkan bakal beraksi di kelab Divisyen 3 Portugal, Altetico Sporting Club selama 6 bulan selepas berakhirnya Kejohanan Piala AFF Suzuki Disember ini. Pengesahan rasmi itu telah diumumkan oleh pengurus peribadinya, Faisal Zakariah kepada media.

"Fakri bukan sahaja menerima tawaran dari Divisyen 3, malah juga turut menerima pelawaan dari Divisyen 1. Tetapi selepas mengkaji lebih secara mendalam, kami memilih untuk menerima tawaran ini. Ini kerana, saya yakin peluang untuk dia bermain dalam barisan utama pasukan lebih cerah dan dalam kontrak sendiri menyatakan dia diletakkan sebagai penyerang dalam pasukan itu. Berbanding dengan Divisyen 1, peluangnya agak sukar. Bagi kami, apa yang lebih penting, Fakri boleh beraksi dan bukan hanya berada di bangku simpanan," jelas Faisal kepada 

Faisal berkata, walaupun kontrak yang ditawarkan oleh kelab berkenaan selama setahun, namun pihaknya bersetuju untuk tempoh enam bulan terlebih dahulu.

"Musim liga di sana sudah beraksi separuh musim dan bulan Mei depan liga akan berakhir. Enam bulan pertama dan tamat musim liga di sana Fakri boleh pulang ke Malaysia sementara menunggu musim baru bermula. Dan apabila bermulanya musim baru nanti, Fakri akan kembali ke sana," tambahnya.

Sementara itu di Bangkok, Datuk Rajagopal menganggap Fakri merupakan senjata rahsia skuad kebangsaan. Ini kerana bekas pemain Perak, Harimau Muda, Perlis, Negeri Sembilan dan Felda United itu sentiasa menjadi hero ketika waktu terdesak seperti mana dalam beberapa kejohanan besar sebelum ini.

Fakri merupakan wira pada perlawanan separuh akhir Sukan SEA 2011 di Jakarta apabila menjaringkan gol kemenangan buat skuad bawah 23 tahun negara pada peringkat separuh akhir bertemu Myanmar.

Kemenangan tersebut membolehkan pasukan bimbingan Ong Kim Swee mempertahankan pingat emas dalam acara bola sepak selepas memenanginya pada Sukan SEA 2009 Laos di mana ketika itu Rajagobal menjadi jurulatih.

Pada Sukan SEA di Laos, Fakri turut muncul sebagai penyelamat apabila menjaringkan gol kemenangan mengalahkan Thailand 2-1 di peringkat kumpulan seterusnya membolehkan Malaysia menyingkirkan Thailand pada kejohanan tersebut dan mara ke peringkat separuh akhir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan